SELAMAT DATANG KE SMK PEREMPUAN PASIR MAS
Pn. Noor Adlina Gooi bt Abdullah : Pengetua SMK Perempuan, Pasir Mas
Majlis Perasmian Program Penghayatan Disiplin
Majlis Pelancaran Program i-THINK Peringkat SMK. Perempuan, Pasir Mas
Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Peringkat Daerah
Pusat Sumber Sekolah
BENGKEL PEMBINAAN BLOG/ PORTAL SEKOLAH

MEE SUP

Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap









Sempena cuti Tahun Baru Cina yang panjang ini, saya masuk ke dapur menyediakan Mee Sup Istimewa yang resepinya saya pelajari dari guru Tajwid saya, Kak Kamariah. Menurut Kak Kama, resepi ini telah berpuluh tahun digunakan. Ianya diajar oleh Kak Soraini yang memperolehinya dari seorang Chef di Hotel Shangri La. Kak Soraini juga adalah rakan sepejabat yang telah lama bersara. Kak Kama dan Kak Soraini memang pandai memasak. Semasa sampai di rumah Kak Kama, kebetulan dia baru lepas membersihkan ayam dan sawi di dapur untuk dibuat Mee Hoon Sup. Selepas habis mengaji, saya tak melepaskan peluang untuk meminta resepi yang sering mendapat pujian dari mereka yang pernah menikmati Mee Hoon Sup Kak Kama. Memang dari dulu lagi, saya suka menanyakan resepi jika merasai masakan yang sedap.

Sebelum kita melihat resepi, saya ingin kongsikan doa yang diajar oleh sahabat saya kerana sejak kebelakangan ini saya banyak ditimpa ujian satu demi satu. Namun ianya tidak sekali kali melemahkan saya biar pun pelbagai kata dan sindiran diberi. Malahan saya lagi kuat dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Di antara doa yang saya amalkan adalah,  yang bermaksud “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia".


Share on Google Plus

About Harlina binti Ismail

0 comments:

Post a Comment