SELAMAT DATANG KE SMK PEREMPUAN PASIR MAS
Pn. Noor Adlina Gooi bt Abdullah : Pengetua SMK Perempuan, Pasir Mas
Majlis Perasmian Program Penghayatan Disiplin
Majlis Pelancaran Program i-THINK Peringkat SMK. Perempuan, Pasir Mas
Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Peringkat Daerah
Pusat Sumber Sekolah
BENGKEL PEMBINAAN BLOG/ PORTAL SEKOLAH

Nasi Ayam Paling Sedap








Anak anak saya memang suka makan nasi ayam dan sepertinya mereka tidak pernah jemu jemu. Selang beberapa hari hubby akan singgah di Gulam Mee untuk membeli 4 atau 5 bungkus nasi ayam. Harganya bukan murah dan ayamnya memang ciput jer. Jadi saya meminta hubby membeli ayam untuk dimasak nasi ayam. Kali ini saya menggunakan resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang dikatakan sangat sedap dan mendapat pujian sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Jadi saya namakan resepi Nasi Ayam Paling Sedap. 






Oleh kerana anak anak sangat menggemari nasi ayam, jadi tidak hairanlah kalau saya mempunyai 8 koleksi resepi Nasi Ayam yang saya suka. Antaranya yang sangat sedap pada saya ialah Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap diSINI, Nasi Ayam Hainan di SINI, Nasi Ayam Ipoh Yang Sedap di SINI dan Nasi Ayam Original di SINIYang lain lain pun sedap juga. 

Sejak dari semalam Aween meminta saya memasak nasi ayam tapi saya memujuk dengan memberi alasan nasi ayam elok dimasak waktu siang supaya boleh dimakan berulang ulang. Lagi pulak, saya memang betul betul tak boleh berdiri. Menggigil menggeletar seluruh badan, apalagi nak berdiri lama lama. Nasib baik lah dia faham. Jadi kerana janji mesti ditepati, terpaksalah hari ini saya mengotakannya. Memasak sambil duduk atas bangku tinggi.

Apa pendapat saya dan anak anak mengenai resepi ini? Huuuu memang sedap. Sedap giler kalau istilah budak budak sekarang. Nasinya sedap dan ayam juga sedap. Kalau nak tahu bagaimana sedapnya, kenalah cuba sendiri. Jangan lupa, lepas ini saya nak share pula resepi Nasi Ayam Kak Laily di Subang Jaya yang memang sedap dan menjadi kesukaan kami anak beranak. Kalau di bulan Ramadhan, memang orang akan beratur panjang untuk membeli nasi ayam Kak Laily yang sekarang telah meninggal dunia. Al fatihah untuk arwah Kak Laily. Saya sempat belajar resepinya dengan pembantu Kak Laily. Boleh klik di SINI.

Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang telah saya olah mengikut cara yang lebih mudah, terutama untuk menyemak bahan bahan yang diperlukan.
Share on Google Plus

About Harlina binti Ismail

0 comments:

Post a Comment